02 September 2011

SELAMT HARI RAYA AIDILFITRI DAN SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KALI KE 54

Pihak sekolah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin serta selamat menyambut Hari Kemerdekaan kali ke 54.

17 August 2011

Download soalan percubaaan UPSR

Sila klik di link dibawah untuk muat turun soalan percubaan UPSR 2010 dari negeri-negeri di Malaysia. Selamat menjawab soalan : http://www.bumigemilang.com/

Lagu Rasmi Sekolah


SINAR KEJAYAAN

Berbunga riang rasa hatiku
Setiap hari datang ke mari
Main belajar mengikut waktu
Bagai musim bersilih ganti

Kami ibarat permata yang pudar
Untuk digilap bercahaya
Ibu dan ayah turut gembira
Melihat guru mencurah ilmu

Wahai ibu bapa dan juga guru
Engkaulah cahaya dalam kegelapan
Kami belajar untuk berbakti
SKT 6 terus berjaya

Senikata : En Nurul Haswadi
Lagu      : En Rizal SKKJ

18 April 2011

PERTUKARAN STAFF

Baru- baru ini, tiga orang warga SK LKTP Tembangau 6 telah berpindah ke sekolah lain. Mereka adalah

  • Puan Normah bt Hussein ( Guru Besar ) berpindah ke SK Teluk Ira , Temerloh
  • Puan Dahlia bt Ab.Latif   ( PPM Pra    ) berpindah ke SK Durian Tawar , Bera
  • Cik Muhaiza bt Mohamad ( PPM Asrama ) berpindah ke SK Kampung Baru, Terengganu
PN DAHLIA BT AB. LATIF ( PPM )
CIK MUHAIZA BT MOHAMAD ( PPM )
PN NORMAH BT HUSSEIN ( GURU BESAR )

07 April 2011

KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSM




Pasukan bola sepak sekolah telah menyertai Kejohanan Bola Sepak MSS Zon Mendi di Sekolah Kebangsaan LKTP Tembangau 3. Pasukan sekolah mendapat tempat ke 4 dalam kejohanan tersebut.2 orang pemain sekolah ini iaitu Mohd Fikri bin Anuar dan Salman a/l Hesam telah dipilih mewakili Zon Mendi ke Kejohanan Bola Sepak Daerah Bera. Berikut adalah keputusan perlawanan

  1. SK LKTP Tembangau 6 VS SK Bukit Mendi       1 - 1
  2. SK LKTP Tembangau 6 VS SK Bukit Puchong    0 - 0
  3. SK LKTP Tembangau 6 VS SK Tembangau 3      0-  4
  4. SK LKTP Tembangau 6 VS SK Tembangau 1      0-  2

MESYUARAT AGUNG PIBG 2011





Mesyuarat Agung PIBG kali ke 9 telah diadakan pada 26 March 2011 di Dewan Sekolah SK LKTP Tembangau 6. Mesyuarat kali ini dirasmikan oleh En Mohd Jidi bin Yaakoc, Pegawai Khas Menteri Perdagangan, Kepenggunaan dan Koperasi, Dato Sri Ismail Sabri bin Yaakob. Mesyuarat bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengahari.

21 February 2011

SALAM TAKZIAH

Pihak sekolah merakamkan ucapan takziah kepada Pn Normah bt Hussein, Guru Besar SK LKTP Tembangau 6 atas pemergian suami beliau Allahyarham Khairudin bin Osman ke Rahmatullah pada  18 Februari 2011. Semoga roh Allahyarham dirahmati dan dicucuri rahmat olehNya serta tergolong dalam golongan orang beriman.

09 February 2011

GURU BARU 2011

Pada tahun ini, sekolah telah menerima guru-guru baru seramai 4 orang. Guru-guru tersebut adalah seperti berikut. Cik Nik Haslida bt Nik Muhammda, Cik Rosmawati bt Jamil, Cik Noor Afiqah bt Mat Razi dan Cik Haswani bt Dzul . Pihak sekolah mengucapkan selamat datang dan selamat maju jaya disini

                                               CIK NIK HASLIDA BT NIKMUHAMMAD


                                                             CIK HASWANI BT DZUL


                                                       CIK ROSMAWATI BT JAMIL


                                                    CIK NOOR AFIQAH BT  MAT RAZI

30 January 2011

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2010

Pada 21 Januari, Kejohanan Merentas Desa Peringkat sekolah telah diadakan. Kejohanan diadakan sebagai aktiviti kokurikulum tahunan sekolah serta memilih peserta untuk mewakili ke peringkat daerah. Kejohanan dimulakan dengan acara memanaskan badan dan senamrobik oleh Cikgu Rahim. Semua peserta dilepaskan oleh Pn Masitah Awang, GPK Pentadbiran mengikut kategori iaitu Tahap 1 dan Tahap 2. Hanya pemenang tempat 1 - 10 sahaja diberikan hadiah. Peserta yang mewakili sekolah hanya dari tempat 1- 4 sahaja

04 January 2011

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Kami mengucapkan selamat kembali kepada semua warga sekolah. Kami berharap tahun 2011 akan menjadi tahun yang lebih cemerlang dari tahun sebelumnya..Selamat Tahun Baru..

Pages