20 December 2010

HARAP MAAF. KESULITAN AMAT DIKESALI

LAMAN BLOG INI MASIH DALAM PROSES PEMBAIKAN SEHINGGA JANUARI 2011

22 November 2010

KEPUTUSAN UPSR 2010

Alhamdulillah...Pencapaian UPSR pada tahun ini telah meningkat dari segi peratus kelulusan dan GPS
Seramai 12 orang calon telah mengambil UPSR pada tahun ini. Keputusan UPSR  adalah seperti berikut

  • Bil lulus semua mata pelajaran       =  7 orang ( 58.33 % )
  • Bil gagal                                       =  5 orang ( 41.67 % )
  • Bil 5A                                          =  Tiada
  • Pencapaian terbaik                       =  Intan Najwa binti Murad  ( 3A 2B )
  • Peningkatan 2009- 2010              =  33.33 %

Kelulusan matapelajaran adalah seperti berikut

  • Bahasa Melayu Pemahaman         =  91.70 %
  • Bahasa Melayu Penulisan             =  100.00 %
  • Bahasa Inggeris                           =   58.33 %
  • Matematik                                   =  66.70 %
  • Bahasa Inggeris                           =  58.33 %

Gred Purata Sekolah                             =  2.53


Walaupun tiada calon yang berjaya mendapat 5A, namun peratus semua matapelajaran telah meningkat dengan mendadak. Manakala GPS UPSR 2010 adalah yang terbaik semenjak sekolah ini mula beroperasi  pada tahun 2002. Pihak sekolah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru-guru tahun 6 dan tahniah kepada murid-murid yang berjaya.

31 October 2010

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PETROSAINS, KUALA LUMPUR


Pada 27 Oktober 2010, Unit Lawatan SK LKTP Tembangau 6 telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Petrosains, Kuala Lumpur. Lawatan tersebut disertai oleh 37 orang murid tahap 2 dan 4 orang guru. Lawatan bermula pada jam 11.30pg sehingga 2.30 ptg. Setelah 3 jam di Petrosains, murid-murid dibawa mengelilingi Kuala Lumpur seterusnya ke Muzium Negara dan Putrajaya. Hasil dari lawatan ini, murid-murid dapat menambah pengalaman dan ilmu serta menghayati sejarah negara.KLIK SINI UNTUK GAMBAR

28 September 2010

HARI KELUARGA 2010

Hari Keluarga SK LKTP Tembangau 6 telah diadakan pada 25- 26 September 2010 bertempat di D' Nelayan Beach Resort, Pengkalan Balak, Melaka. Seramai 29 org peserta menghadiri prorgam ini yang julung-julung kali diadakan di bawah kelolaan Kelab Guru dan kakitangan. Antara aktiviti yang diadakan ialah sukaneka dewasa dan kanak-kanak, karaoke, BBQ, senamrobik, menaiki banana boat dan lain-lain. Terima kasih kepada semua yang memberi kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini.. KLIK SINI UNTUK LEBIH GAMBAR ......GALERI GAMBAR
        
LIMBO ROCK


LARI DALAM GUNI


BBQ DINNER
         

21 September 2010

SELAMAT MENJAWAB PEPERIKSAAN UPSR 2010

Buat semua calon UPSR 2010, SK LKTP Tembangau 6 mengucapkan selamat menjawab soalan dan berusaha bersungguh-sungguh serta memanjatkan doa kepada Ilahi untuk mencapai keputusan yang cemerlang.

09 September 2010



Laman blog SK LKTP Tembangau 6 mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Berhati- hati di jalan raya. Beringat-ingat semasa menjamu selera.

31 August 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 53



Sekolah Kebangsaan LKTP Tembangau 6 mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kali ke 53. Semoga kita akan terus maju ke hadapan

11 August 2010

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1431H

Warga Sekolah Kebangsaan LKTP Tembangau 6 ingin mengucapkan Selamat Berpuasa pada semua umat Islam seluruh Malaysia. Tingkatkan Iman dan Amal. Semoga mendapat keredhaan Nya

08 August 2010

Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 8 / 2010

Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 8 telah diadakan pada 24 Julai 2010 bertempat di Dewan Sekolah. Mesyuarat kali ini telah dirasmikan oleh En. Tahzir bin Hussin, Pegawai Khas Dato Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Antara petikan ucapan beliau ialah, semua murid perlua datang ke sekolah, ibu bapa harus memberi perhatian kepada anak-anak dan ucapan penghargaan kepada guru-guru yang sanggup berjauhan untuk mengajar di sini. Untuk melihat foto klik disini

29 June 2010

PERTUKARAN GURU 2010

PERTUKARAN KELUAR

1. En. Mohd Fauzi bin Othman   - bertukar sebagai GPK HEM ke SK LKTP Mayam mulai 01.05.2010
2. En. Nazri bin Zakaria             - naik pangkat sbg GPK KO ke SK LKTP Tembangau 1 mulai 01.04.2010
3. YM Raja Khairul Ridzuan      - naik pangkat sbg GPK 1 ke SK LKTP Tembangau 3 mulai 01.05.2010

PERTUKARAN MASUK


1. Pn Masitah binti Awang        - naik pangkat sebagai GPK 1 dari SK Kuala Bera mulai 01.05.2010
2. En. Hazlan bin Hamzah         - naik pangkat sebagai GPK KO dari SK Bukit Mendi mulai 01.02.2010

17 May 2010

HARI SUKAN SEKOLAH

Kejohanan Sukan Tahunan kali ke 5 telah diadakan pada 2 Mei 2010 di padang sekolah. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Y.B Encik Mohd Fadil bin Osman, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kemayan. Kejohanan bermula pada awal pagi sehingga pukul 2.00ptg..rujuk geleri photo untuk gambar.
http://www.sktembangau6-galeri.blogspot.com/

11 March 2010

Guru baru ingkar arahan boleh dikenakan tindakan




KUALA TERENGGANU 11 Mac - Mana-mana guru baru yang mengingkari arahan apabila dihantar untuk berkhidmat di kawasan pedalaman akan dikenakan tindakan tegas termasuk disingkir daripada kerjaya perguruan
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi ketika memberi amaran itu menegaskan, pihaknya tidak akan bertolak ansur mengenai perkara itu dan mereka yang terbabit perlu menerima hakikat dikenakan tindakan sedemikian.


Katanya, guru-guru yang baru tamat perkhidmatan jika dihantar berkhidmat ke kawasan pedalaman mesti mematuhi arahan tersebut bagi mengelak timbul masalah kekurangan guru di kawasan itu.


"Bagaimanapun mereka masih boleh merayu dengan alasan yang munasabah, tapi kalau mereka langsung tak datang lapor diri, kita akan ambil tindakan.


''Mereka akan disingkirkan dan tak boleh jadi guru lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Mengabang Telipot dan majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sini hari ini.


Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Muhammad Ramli Nuh serta Pengarah Pelajaran Negeri, Ariffin Embong.


Mohd. Puad seterusnya menjelaskan, amaran keras seumpama itu tidak melibatkan guru-guru yang sudah lama berkhidmat dan turut dihantar bertugas di pedalaman.


Beliau berkata, guru berpengalaman yang enggan berkhidmat di kawasan pedalaman tidak akan dikenakan tindakan keras tetapi mereka mungkin tidak berpeluang menikmati faedah lain termasuk kenaikan pangkat.


Mohd. Puad juga menempelak guru-guru yang sanggup mendapat sokongan orang berpengaruh atau kenamaan untuk merayu agar tidak ditempatkan di kawasan pedalaman.


"Saya tak kira mereka dapat sokongan daripada sesiapa termasuk orang berpengaruh, ada kes selepas setahun, baru datang balik untuk mengajar, mereka ini juga akan dikenakan tindakan," ujarnya.


SUMBER :UTUSAN MALAYSIA 12 MARCH 20


18 February 2010

MAJLIS AKU JANJI CALON UPSR, IBU-BAPA DAN GURU- GURU 2010 pada 11 Februari 2010

Aku janji oleh Guru Besar dan guru- guru tahun 6




Akujanji oleh calon- calon UPSR 2010


Akujanji oleh calon- calon UPSR 2010

24 January 2010

Lagi Guru Saman Pengetua / Guru Besar

Pasangan guru saman pengetua, pegawai pendidikan Kedah RM1.5 juta

ALOR SETAR: Sepasang guru menyaman dua bekas guru besar mereka dan seorang pegawai Jabatan Pendidikan Kedah berjumlah RM1.5 juta kerana mendakwa dianiayai menyebabkan mereka menghadapi masalah mental dan tekanan yang dahsyat. Mohd Afandi Abdul Hamid, 39, dan isterinya, Roziaini Mohd Rozi, 38, menamakan Munajat Tamrin sebagai defendan pertama manakala Noriah Murad dan Abdul Aziz Hanifa, masing-masing defendan kedua dan ketiga. Mohd Afandi selaku plaintif pertama munajat dan isterinya plaintif kedua mendakwa wujud konspirasi antara ketiga-tiga defendan untuk menyebabkan tekanan dan penderaan mental kerana ketidakpuasan hati mereka terhadap beliau dan isterinya.


Guru tersebut yang kini mengajar mata pelajaran Agama Islam di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Perdana selepas dipindahkan dari SK Iskandar, Alor Setar, memfailkan saman tersebut bersama peguamnya di Mahkamah Tinggi Alor Setar hari ini. Mengikut writ saman, defendan pertama yang terbabit dengan pertukaran guru-guru sekolah di Kedah didakwa menghalang pertukaran plaintif kedua. Bagaimanapun dengan bantuan kerajaan negeri pada masa itu, plaintif kedua berjaya dalam permohonan pertukarannya dan dipercayai menyebabkan defendan pertama merasa dirinya tercabar.
Selepas bertukar ke SK Alor Setar, plaintif kedua mendakwa defendan pertama dan defendan kedua yang juga Guru Besar sekolah beliau mengajar berkonspirasi untuk menganiaya beliau menyebabkan pergerakan gajinya ditahan. Plaintif kedua yang kini mengajar di SK Tunku Raudzah, Alor Setar juga dikatakan dituduh oleh defendan kedua gila hanya kerana beliau pada masa itu mendapatkan rawatan pakar pskiatri. Plaintif pertama pula mendakwa defendan pertama berkonspirasi dengan defendan ketiga iaitu Guru Besar SK Iskandar, tempat beliau mengajar untuk meneruskan "serangan" terhadap mereka. Selain itu plaintif pertama diarahkan oleh defendan ketiga untuk mengajar mata pelajaran yang tiada kaitan dengan bidangnya, dihalang melatih pasukan ragbi sekolah dan menahan pergerakan gajinya selama satu setengah tahun.
"Perbuatan ketiga-tiga defendan berpakat untuk mewujudkan suasana tekanan mental dan tekanan serta memburukkan kami tersebar luas khususnya di kalangan guru menyebabkan kami mengalami kemurungan yang dahsyat," kata Mohd Afandi. Mereka menuntut ganti rugi sebanyak RM500,000 daripada defendan pertama dan kedua; ganti rugi teladan RM500,000 daripada defendan pertama dan ketiga; ganti rugi teladan RM500,000 daripada defendan pertama; permohonan maaf secara terbuka; faedah sebanyak 8 peratus sehingga kes selesai, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh Mahkamah. - Bernama

05 January 2010


Selamat Tahun Baru dan Selamat Kembali Ke Sekolah........
Tahun 2010 telah datang bersama azam baru dan harapan yang baru. Pihak sekolah semua berharap semua warga SK LKTP Tembangau 6 memasang azam baru serta berusaha untuk mencapai kegemilangan serta prestasi uang cemerlang. Dengan pegurusan sekolah di bawah pimpinan guru besar akan dapat memartabatkan lagi akademik, sahsiah, dan prestasi sekolah. Selamat maju jaya 2010

02 January 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU..


Pihak sekolah ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada En Azwari bin Haron, Penyelia Asrama sekolah ini kerana telah selamat mendirikan rumahtangga denga pasangannya pada 20hb Disember 2009. Semoga beliau dan pasangan berbahagia dan dimurahkan rezeki.

Pages