19 November 2009

Hari Anugerah Kecemerlangan 2009




Sekolah telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Sekolah. Majlis ini dirasmikan oleh En Mohd Nasir bin Haron, Pengurus Operasi Wilayah 5 Felda Plantation Sdn Bhd pada 19 November 2009. Majlis bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir tengahari. Semua murid yang telah menunjukkan prestasi yang baik menerima hadiah pada hari tersebut. Pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK dan pihak yang membantu dan memberi sumbangan. Semoga berjaya pada tahun hadapan. Sila klik galeri foto untuk gambar

10 November 2009

GURU BESAR BARU


Sekolah telah menerima Guru Besar baru mulai 1 Oktober 2009. Pn Normah binti Hussien merupakan Guru Besar wanita yang pertama sejak sekolah ini mula ditubuhkan. Beliau bertukar dari SK Paya Pulai dan dinaikkan pangkat dari GPK Pentadbiran DGA 32 ke Guru Besar DGA 34 di sekolah ini. Semoga beliau gembira dan maju jaya di sekolah ini. Dalam masa yang sama juga sekolah menerima GPK Pentadbiran yang baru. En Mohd Fauzi bin Othman bertukar dari SK Kota Perdana, Pekan mulai 1 Oktober 2009.

09 November 2009

GPK PENTADBIRAN BERTUKAR



Setelah berkhidmat selama 2 tahun 10 bulan, Cikgu Abdul Rahman Jelani GPK Pentadbiran sekolah ini telah berpindah ke SK LKTP Triang 3 mulai 19 OKTOBER 2009. Cikgu Abdul Rahman merupakan seorang guru yang aktif dalam aktiviti Kurikulum, KO Kurikulum dan juga sukan. Pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2007. Beliau juga seorang fasilitator Kem Matematik yang sering diadakan di daerah ini. Selain itu, beliau juga merupakan penyerang prolifik dalam pasukan bola sepak Kelab Guru SK LKTP Tembangau 6 walaupun jarang- jarang menjaringkan gol. Semoga beliau maju jaya di tempat yang baru..


Tuai padi antara masak

Esok jangan layu-layuan

Intai kami antara nampak

Esok jangan rindu- rinduan

Pages