12 October 2009

SELAMAT BERTUKAR GURU BESAR..DAN SELAMAT HARI RAYA


Baru- baru ni, sekolah telah mengadakan sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan Majlis Perpisahan En Mohd Shah bin Mohd Ali, Guru Besar SK LKTP Tembangau 6. Majlis tersebut diadakan di dewan sekolah.YDP PIBG iaitu En Hussin bin Razali dan AJK PIBG telah dijemput untuk meraikan bersama sambutan Hari Raya..Warga sekolah merasa gembira dan bersyukur serta berterima kasih di atas komitmen semua pihak terutamanya guru- guru yang bertungkus lumus membakar lemang, memasak juadah serta menyiapkan pentas dan dewan.


Dalam masa yang sama juga, pihak sekolah juga merasa amat sedih kerana Tuan Guru Besar bertukar ke SK Bukit Gemuroh. Walaupun hanya berkhidmat selama 8 bln di sini, beliau telah memimpin sekolah dengan baik sekali serta mewujudkan suasana yang ceria dan kondusif.


Turut kelihatan pada hari tersebut ialah sekumpulan guru yang memakan ayam organik bakar pada malam sebelumnya. Mereka begitu gembira dan senyum lebar sebagai tanda bersyukur di dalam bulan Syawal yang mulia ini.


Akhir kata, SELAMAT BERTUKAR EN AHMAD SHAH DAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

11 October 2009

MANGSA KEBAKARAN DI SK LKTP TEMBANGAU 6


TEMBANGAU 6,
9 Oktober 2009

4 Ekor ayam telah ditemui rentung dan dimakan masak- masak oleh sekumpulan guru SK Tembangau 6 semalam. Menurut saksi kejadian yang tidak ingin dikenali, 4 ekor ayam organik tersebut telah dilumuri dengan kunyit dan rempah sebelum dibakar panas diatas kayu api berbara. Asap kayu api berbara itu dapat dilihat dari luar pagar sekolah. Menurut seorang gur yang telah memakan ayam tersebut, rasa ayam organik agak berlainan dengan ayam daging yang berada di pasaran semasa. Tambah beliau yang turut memakan ayam itu sehingga licin, semua guru yang berada di situ amat teruja dan tidak sabar untuk menikmati ayam rentung tersebut sehingga sanggup berbau asap semalaman. Sehingga hari tulang- tulang ayam tersebut tidak ditemui dan berkemungkinan besar semua guru yang terbabit telah memakan tulang- tulang tersebut tanpa meninggalkan bekas.


08 October 2009

GURU SAMAN PENGETUA



Laporan KPI: Guru wanita saman pengetua RM228,000




KUANTAN 6 Okt. - Akibat tidak puas hati dengan laporan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) oleh ketuanya, seorang guru sekolah menengah memfailkan saman terhadap pengetua sekolah tersebut bagi menuntut ganti rugi RM228,000.Rozilah Abdullah, 37, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Mahkota, Jalan Gambang memfailkan saman tersebut melalui firma guaman, Tetuan Balkish Alias & Co. di pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen di sini pada 12 Ogos lalu.Rozilah selaku plaintif yang diwakili peguam Balkish Alias menamakan pengetua sekolah tersebut, Aluwiyah Osman sebagai defendan.




Kes berkenaan disebut di hadapan Hakim Hassan Abdul Ghani hari ini.Hassan bagaimanapun menetapkan 5 November ini sebutan semula kes tersebut selepas Peguam Kanan Persekutuan yang mewakili defendan memohon masa untuk memfailkan pernyataan pembelaan.Guru berkenaan yang telah berkhidmat sejak 11 tahun lalu mendakwa berlaku ketidakadilan dan penindasan terhadapnya melalui laporan KPI yang dikeluarkan oleh defendan.Menurut Rozilah, dia telah menerima surat menyatakan tiada pergerakan gajinya pada tahun lalu berikutan laporan KPI yang dinilai sebagai buruk yang dikeluarkan pengetua berkenaan.''Pengetua itu turut memalukan saya di hadapan guru lain selain menuduh saya sengaja enggan mematuhi perintah.''Malah, saaya tidak diberi peluang untuk membela diri kerana tidak pernah dipanggil dalam sebarang siasatan atau diberi peluang menjawab laporan yang dibuat oleh ketua saya itu,'' dakwanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan mahkamah.




Menurut pernyataan tuntutannya, plaintif mendakwa mengalami tekanan perasaan selepas mengetahui laporan prestasinya diketahui pihak lain sebelum dia menerimanya.Ekoran tersebarnya laporan prestasinya yang buruk itu, dia mendakwa mengalami penyakit tekanan darah rendah selain perasaan malu yang akan kekal sepanjang hayat.Disebabkan laporan itu juga, dakwa Rozilah, kewibawaan dan reputasinya sebagai seorang pendidik dipandang rendah serta dicemuh masyarakat sekeliling.Sehubungan itu, dia tampil ke mahkamah untuk menuntut keadilan selain memulihkan kembali reputasinya yang terjejas terukSumber : Utusan Malaysia 7 Oktober 2009

Pages